Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Petanda burung masuk rumah

Petanda burung masuk rumah ~ Memang tidak dinafikan, masyarakat Melayu di negara kita memang terdedah dengan kepercayaan nenek moyang dulu-dulu. Admin pun sebagai orang Melayu pun tidak terkecuali, petanda itu petanda ini. Seolah-olah ianya menjadi kepercayaan yang mendalam dan tertanam menjadi darah daging dan disampaikan kepada generasi seterusnya.

petanda burung masuk rumah

Terdapat pelbagai kepercayaan turun-temurun masyarakat Melayu kita, dan salah satunya adalah mengenai “Petanda burung masuk rumah”.

Sebelum ini Admin pernah post satu artikel beserta video di dalamnya membincangkan tentang kepercayaan karut masyarakat Melayu. Video yang disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin memberi penjelasan serta contoh-contoh kepercayaan masyarakat dari sudut pandangan agama. Jelas, kepercayaan seperti ini secara sedar atau tidak dapat membawa kedalam kencah kesyirikan kepada Allah SWT.

Di bawah ini adalah video yang Admin maksudkan, sama-sama kita dengar dan ambil intipati pengajaran.

Berbalik kepada tajuk artikel ini iaitu “petanda burung masuk rumah”. Apakah kepercayaan masyarakat mengenai perkara ini. Nenek Moyang atau pun lebih kita suka gelar “orang-orang tua dahulukala” yang percaya pada firasat bahawa alam dan haiwan mempengaruhi kehidupan manusia. Menurut kepercayaan mereka, apabila ada burung yang tersesat masuk kedalam rumah, bermakna salah seorang penghuni rumah yang dimasukinya akan mendapat jodoh dalam waktu dekat. Kalau kepada perempuan, ada orang nak masuk meminang, lebih kurang begitulah.

Kadang-kadang orang tua-tua nie saja ja cakap, bukan betul pun, hanya sekadar nak ambil hati sekiranya masih ada anak dara mereka yang belum bertemu jodoh. Namun apabila anak cucu mereka dengar, mereka tidak anggap itu sekadar gurauan, bahkan percaya bulat-bulat dan sampaikan kepada generasi seterusnya.

Jadi kepada Anda yang selalu atau sering menggunakan ayat kepercayaan tersebut, hentikanlah. Biar bercakap benar walaupun pahit. Orang Melayu kita nie penuh dengan adab kesopanan dan pandai ambil hati dan kadang-kadang melampau pula. Hehe, peringatan kepada diri Admin juga. Biasalah kita ini manusia dan tidak lari dari melakukan khilaf kesilapan. Namun apabila kita sedar akan kesilapan, sekurang-kurangnya masih belum terlambat untuk memperbaikinya.

Sekadar ini dahulu perkongsian Admin kali ini. Diharapkan kepercayaan “Petanda burung masuk rumah” ini jangan dijadikan hujjah walaupun sekadar bergurau. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com