Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Permohonan Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2012

Permohonan Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2012. Ok, satu update terbaru untuk kategpri pendidikan dan informasi. Mohon perhatian kepada mereka yang berkenaan, yang tidak berkenaan pun boleh ambil tahu juga. Cuma kepada yang berkenaan perhatian lebih harus diberikan. :)

Permohonan Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional 2012

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman di laman web http://www.moe.gov.my/ tentang tawaran ke Kolej Vokasional 2012. Permohonan telah pun dibuka dan permohonan boleh dibuat menggunakan pautan-pautan berikut:-

1. Untuk membuat permohonan,anda boleh gunakan pautan link ini: http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

2. Untuk membuat kemaskini permohonan anda, anda juga boleh menggunakan pautan yang sama semasa memohon – http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

3. Untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan permohonan,anda boleh mencarinya menerusi pautan ini: http://www.bptv.edu.my/

4. Tentang senarai kursus, anda boleh menyemaknya menerusi pautan ini = http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/Kursus2011.pdf

Buat pengetahuan anda Sekolah Menengah Teknik Aliran Vokasional memang amat mengalu – alukan kepada sesiapa di antara anda yang ingin memohon belajar sama ada di sekolah menengah teknik ataupun vokasional. Jadi, jika ada di kalangan anda, adik-beradik anda atau saudara-mara anda yang ingin membuat Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik, dimaklumkan bahawa Kolej vokasional dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 ianya akan dibuka bermula pada 5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diberitahu di atas.

Sekali lagi diingatkan kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon sekolah menengah teknik dan vokasional, jangan lupa untuk memohon pada 5 september nanti kerana talian aplikasi online hanya dibuka pada tarikh yang dinyatakan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi alamat:-
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

atau No talian: 03-88845154

Selamat memohon dan semoga berjaya di dalam bidang pelajaran yang anda ceburi.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com