Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Penguasa Kastam Gred WK1-1

Penguasa Kastam Gred WK1-1 ~ Bersempena dengan Perperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 yang akan diadakan pada 4 Febuari 2012 nanti, Admin ingin kongsikan dengan calon-calon maklumat tentang bidang tugas Penguasa Kastam Gred WK1-1. Sila rujuk maklumat di bawah.

PERHATIAN: Muat Turun PERCUMA Panduan UMUM Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Gred WK1-1 14 mukasurat di SINI ATAU dapatkan Panduan LENGKAP Perperiksaan Bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 di sini ~ KLIK SINI Kalau Anda lihat, halaman utama produk baru saja ditutup, tapi jangan risau, Anda masih boleh memilikinya, ikut langkah di bawah:
Langkah 1: Klik –> Link A
Langkah 2: Klik –> Link B (Cepat dapatkan sekarang sebelum link ini juga ditutup!)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI/JAWATAN : WK1-1
JADUAL GAJI Penguasa Kastam Gred WK1-1 : T1:RM1930.00 – T20:RM6225.00

SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ditetapkan pada matagaji kurang satu(1) Kenaikan Gaji Tahunan daripada T1 Gred W1-1); atau

(b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T1); atau

(c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T2); atau

(d) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T2); atau

(e) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK1-1: T3).

Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan:

(i) Ahli Institut Akauntan Malaysia;
(ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia;
(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;
(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;
(v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
(vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;
(vii) Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;
(viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;
(ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;
(x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);
(xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan
(xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

DESKRIPSI TUGAS:

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

PS: Dapatkan Panduan LENGKAP Perperiksaan Bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1 di sini ~ KLIK SINI

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com