Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Pengguguran Anak dan Janin Bayi di Singapura

Pengguguran Janin Bayi di Singapura. Itulah tajuk yang bikin hati panas kerana ianya seolah-olah menjadi kebiasaan. Berita ini admin dapat daripada post rakan di Facebook dan Admin terasa untuk berkongsi juga dengan pembaca blog PelikBinAjaib.Com. Inilah reality dunia sekarang.. itupun setelah berbincang panjang baru dibocorkan berita ini, jika tidak sampai bila-bila ia akan berterusan tanpa pengetahuan umum.

Sebenarnya Admin pun seba salah sama ada hendak tunjuk gambar atau tidak. Kasihan melihat makhluk ciptaan Allah yang tidak berdosa ini ‘dibuang’ tanpa rasa bersalah. Jika orang bukan Islam pun marah inikan pula sebagai penganut Islam. Anda lihat sendiri gambar pengguguran anak di Singapura. Admin rasa bukan sahaja di Singapore, bahkan di Malaysia pun banyak cuma tidak digembar-gemburkan saja.

gambar pengguguran anak di singapura

gambar pengguguran janin bayi di Singapura

gambar pengguguran anak di singapore

Ini pula admin Quote maklumat daripada post di Facebook yang berkaitan dengan pengguguran anak di Singapura buat tatapan pembaca:

Rasa sedih apabila mengenangkan nasib umat Islam yang tinggal di Singapura. Buat pengetahuan pembaca kami keberatan menyiarkan gambar pengguguran anak di Singapura ini. Kami sendiri akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak dalam kandungan, walau atas apa jua sebab dan alasan…

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. Namun tidak mendapat kelulusan untuk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan….

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Sumber maklumat yang sah…saya hanya ingin berkongsi dengan semua… SILA TAG KAWAN2…. MAAF YA..HUJAH2 POLITK TIDAK DIBENARKAN…
By: Zakiah AbdHamid

Bagaimana? Satu situasi bahkan sudah menjadi trend agaknya pengguguran bayi ini? Terdapat ramai lagi pasangan yang tidak mempunyai anak berusaha setiap hari mencari jalan untuk mendapatkan anak.. tetapi bagi mereka yang tidak menghargai dengan mudah dan senang melakukan pengguguran. Itulah bezanya antara orang yang mensyukuri nikmat dan kufur nikmat.. moga-moga kita dapat ambil pengajaran. Sama-sama kita doakan agar diri dan keluarga kita dilindungi Allah supaya dihindarkan daripada perbuatan keji ini Nauzubillahiminzalik.

PS: Admin bukan nak highlight sangat tajuk Pengguguran anak di Singapura. Yang nak highlight adalah pengguguran janin bayi oleh ibu orang Islam kepada bayi itu sendiri.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com