Pemborong gula-gula Lollipop
By admin on Apr 10, 2012 with Comments 0
Pemborong gula-gula Lollipop ~ Admin buat post nie bukan bermaksud nak beritahu bahawa yang Admin nie merupakan pemborong mahupun pengedar gula-gula lolipop di Malaysia nih. Kalau pengedar jus Monavie tu yalah, hehe.
Cuma melalui artikel ini Admin cuma nak kongsi tentang gula-gula kegemaran ramai nie iaitu Lollipop. Kalau Anda selalu tengok cerita kartun kanak-kanak, gula-gula lollipop selalu menjadi antara bahan kartun, seolah-olah dikomersialkan pula melalui rancangan kartun tersebut. Dengan warna serta bentuk yang pelbagai, ia menjadi tarikan bukan sahaja kepada kanak-kanak bahkan orang dewasa. Admin pernah juga tengok cerita cinta, boleh pula jadikan lollipop hadiah kepada kekasihnya. Hoho, ini bermakna lollipop ada nilainya yang tersendiri.
Kebiasaanya kalau nak cari barang murah, Anda haruslah ke kedai borong kan, begitulah juga lollipop, Anda boleh dapat lollipop murah serendah RM0.18. Itu kalau beli satu, bahkan kalau beli banyak, maka banyak lagi la murahnya, boleh dapat RM 0.15! Kanak-kanak yang pendengar lollipop mesti suka.
Lollipop kecil dalam gambar di sebelah nie Admin dapat info memberitahu bahawa satu kotak yang ada 50 batang, harganya RM9.00, jadi RM9.00 bahagi 50 batang, bersamaan RM0.18 sebatang! Murah kan?
Bukan itu saja ada macam-macam lagi bentuk yang lain lollipop, yang boleh anda dapati, bentuk arnab, kuda laut,
ikan, jeli-jeli panjang dan sebagainya. Lihat 2 gambar di bawah.
Jadi di mana boleh anda dapatkan harga borong gula-gula lollipop seperti harga di atas? Sebenarnya ada banyak kedai gula-gula yang menjual dengan harga borong. Cuma anda kena rajin cari la.
Lokasi kedai borong gula-gula lollipop di atas ini terletaknya di Tampin, sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Katanya, berada betul-betul sebelah Wee Chen di bus ten pulau sebang. Nama kedainya: Kedai Long Fah Trading, Tampin. Orang Tampin mesti tahu nie. Gambar seperti di bawah.
Kalau di tempat lain Admin tak pasti di mana, rata-ratanya ramai kata di Tampin ini lebih murah berbanding kedai borong lollipop di tempat lain. Cuba anda cari.
Sumber gambar ~> NoraPurpleBridez.blogspot.com
Pemborong gula-gula Lollipop
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: informasi












