Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Negara paling aman di dunia

Negara paling aman di dunia – Statistik baru yang Admin perolehi tentang negara paling aman di dunia. Mungkin dikalangan pembaca sudah tahu. Tapi Admin nak kongsi juga untuk pembaca yang belum tahu. Sesi menambah pengetahuan sekali lagi.

Statistik negara paling aman di dunia 2011 ini telah dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat dan aman di dunia berbanding 156 negara lain. Itu merupakan statistik tahun 2011, berbanding pada tahun 2010 lalu Malaysia berada di tangga yang ke 22.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Tangga pertama ialah Iceland dan kedua ialah New Zealand. Penunjuk ini telah dipilih oleh panel antarabangsa, ahli akademik, ahli perniagaan dan lain lain dari tempoh bulam Mac 2010 hingga Mac 2011.

Negara paling aman di dunia

Sumber ~ Global Peace Index rankings by Wikipedia

Manakala jika di rantau Asia Tenggara, kita merupakan negara yang paling aman meninggalkan Singapura dan Vietnam masing-masing pada tangga ke-24 dan ke-30. Statistik penuh Negara paling aman di Asia Tenggara adalah seperti berikut:

Bil. Negara Kedudukan
1. Malaysia pelikbinajaib.com 19
2. Singapura pelikbinajaib.com 24
3. Vietnam 30
4. Laos 32
5. Indonesia pelikbinajaib.com 68
6. Thailand 107
7. Kemboja pelikbinajaib.com 115
8. Myanmar 133
9. Filipina 136
10. Brunei Tiada data pelikbinajaib.com

Kajian itu menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010. Kini, republik itu menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dan ke-24 keseluruhan, diikuti Vietnam (ke-30 keseluruhan), Laos (ke-32 keseluruhan), Indonesia (ke-68 keseluruhan), Thailand (ke-107 keseluruhan), Myanmar (ke-133 keseluruhan) dan Filipina (ke-136 keseluruhan).

Sepuluh negara yang menduduki tangga teratas dalam senarai itu ialah Iceland, yang merupakan negara paling aman, diikuti New Zealand, Jepun, Denmark, Republik Czech, Austria, Finland, Kanada, Norway dan Slovenia.

Alhamdulillah, walaupun Malaysia belum termasuk top 10 negara paling aman di dunia, tapi sudah memperbaiki kedudukan berbanding tahun sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan keamanan negara ini. Walaupun kita hidup berbilang bangsa dan agama mahupun politik, itu tidak menjadi penghalang untuk kita hidup aman, tolong-menolong antara satu sama lain.

Kita doakan semoga negara Malaysia akan semakin aman dan memperbaiki kedudukan menjadi top 10 negara paling aman di dunia pada tahun-tahun yang mendatang. Tiada siapa yang dapat mengubahnya kecuali rakyat Malaysia sendiri. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. qaira says:

    syukur kepada allah sebab rakyat malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman tanpa perang. perbaiki mana yang lemah

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com