Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Mykad Baru 2012 – Gambar Kad Pengenalan Malaysia Baru

Mykad Baru 2012 – Gambar Kad Pengenalan Malaysia Baru. Huh! Ada edisi baru lagi Kad IC nanti. Sebelum nie akan dikeluarkan not RM50 baru. Kali ini Mykad baru pula. Ok la tu, bagus kerana pertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan. Yelahkan, semakin hari teknologi semakin canggih, so banyak la pihak-pihak nak ambil kesempatan utnuk buat Kad Pengenalan Palsu.

Daripada maklumat yang Admin dapat (sumber maklumat adalah rahsia, cewah), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Kad Pengenalan Warganegara Malaysia atau Mykad yang baru. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan (Admin rujuk Kamus Dewan: Turis bermaksud Toreh) laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di SIRIM dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.

Di bawah ini adalah rupa dan gambar Mykad Baru 2011

Gambar MyKad baru 2012 - Kad Pengenalan baru

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau menyatakan bahawa MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan.

Kepada Anda yang memiliki MyKad pun tahu sendiri kualiti sekarang, cipnya yang sensitif tu kadang-kadang tak detect, struktur kad yang mudah patah, plastik pelindung terkeluar, dan sebagainya. Jadi kesannya banyak urusan terganggu dan membazir masa sebab kena buat mykad baru. Apapun MyKad sekarang nie lebih baik dan banyak kegunaan daripada Kad Pengenalan Plastik yang lama dulu kan? Kiranya ada improvement la di situ. Tahun 2012 depan nak keluarkan yang terbaru.

Kepada pemohon baru yang memohon Mykad mulai tahun depan, mereka akan diberikan MyKad struktur baru tersebut manakala pemegang MyKad lama (yang sedia ada sekarang) bolehlah menukar kad lama mereka dengan MyKad yang baru. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, tiada kos ataupun bayaran dikenakan untuk permohonan baru kad pengenalan bagi umur 12 tahun (dalam masa 30 hari) tetapi kalau lewat daripada tu akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10 manakala untuk gantian Mykad rosak, Mykad hilang, tukar alamat ataupun pindaan butiran dalam Mykad, bayaran akan dikenakan tidak melebihi RM10. Untuk maklumat lanjut, Anda boleh rujuk terus Laman JPN sendiri.

PS: Tak sabar Admin nak tukar MyKad yang kusam nie dengan Mykad baru.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com