Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Maksud Kasanova – Apa maksud Kasanova?

Maksud kasanovaApa maksud Kasanova? Frasa ini hanya disandarkan kepada lelaki sahaja. 2 tahun lepas hangat tentang Kasanova Lombok. Sekarang ini hangat diperkatakan pula tentang Kasanova Awang Hitam. Awang hitam itu merujuk kepada lelaki Afrika/Nigeria. Ramai wanita Melayu terutamanya di negara kita ditipu oleh lelaki kasanova ni.

Ok, maksud Kasanova yang dapat Admin cari daripada 2 kamus iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Edisi keempat) adalah seperti di bawah:

1. Makna Kasanova menurut Kamus Dewan: “Lelaki yang suka memikat dan memperdayakan perempuan”.

maksud kasanova

2. Erti Kasanova menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar: “Lelaki yang suka menggoda wanita”.

maksud kasanova

Jadi boleh disimpulkan di sini, maksud Kasanova bukan menghala kepada lelaki bujang sahaja, tak kiralah dia suami orang ka, VVIP ka, asalkan dia lelaki, maka dia mempunyai peratus yang tinggi untuk digelar lelaki Kasanova sekiranya dia mempunyai perangai atau sifat suka memikat, memperdaya atau menggoda wanita. Wanita tidak digelar Kasanova, gelaran ini untuk lelaki sahaja (bukan semua lelaki).

Sasaran lelaki kasanova ini tidak kira status, samada wanita itu anak dara yakni belum kahwin, hatta Mak Datin sekali pun. Lebih kurang begitulah kot. Haha, memandai saja Admin membuat hipotesis dan kesimpulan sendiri tentang maksud kasanova ni.

Ok, demikian definasi Kasanova. Jadi kepada wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan lelaki kasanova ini, jangan mudah terpengaruh dan termakan dengan ayat-ayat jiwang dan manis bicara lelaki kasanova. Kerana kebanyakan lelaki kasanova ini hanya hendak mempergunakan mangsanya sahaja. Sama ada untuk memuaskan nafsu, mendapatkan wang, atau untuk melakukan perkara lain seperti pengedar dadah dan sebagainya tanpa Anda sedari.

PS: Semoga artikel tentang Maksud Kasanova ini bermanfaat kepada Anda.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com