Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kucing Anggora

Kucing Anggora. Admin nak tanya sikit, siapa di antara pembaca memiliki Kucing Anggora? Ada tak? Hrm.. kepada peminat kucing mesti tahu pasal kucing Aggora ni selain daripada kucing Parsi. Apa yang Admin tahu, kucing Aggora nie asal daripada Turki. Kebayakan kucing Aggora terdapat di Kota Anggora (nama sebuah Kota di Turki) dan di Persia (Turki bahagian timur). Sekarang nama Anggora menjadi Ankara, iaitu ibu negara Turki manakala Persia berubah menjadi Negara Iran.

Ok, itu serba sedikit tentang sejarah dan asal-usul kucing aggora nih. Kucing yang berbulu panjang antara sifat pada kucing Aggora, selain itu untuk mengenali kucing Aggora anda perlu mengetahui ciri-cirinya:

1. Ukuran badan yang sederhana
2. Badan panjang dan langsing
3. Kaki dan ekor panjang
4. Hidung mancung
5. Telinga besar
6. Seluruh kepala berbentuk segitiga
7. Ekor berbulu tebal dan mengembang
8. Gayanya anggun lemah gemulai gerakannya

Di bawah ini pula ada beberapa gambar kucing Aggora yang Admin maksudkan.

Kucing Anggora

gambar Kucing Anggora

Kucing Anggora

Kucing Anggora

Harga kucing Aggora nie pula lebih kurang RM300 di Malaysia, dan sekitar Rp1juta di Indonesia. Untuk pastikan harganya yang sebenar, bolehlah Anda survey di kedai-kedai haiwan. Mungkin ada penjual yang ada jual kucing anggora murah, kalau nasib anda baik, dapat beli anak kucing aggora.

PS: Kucing Anggora kadang-kadang disebut Kucing Parsi sebab bulunya yang gebu.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com