Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Khasiat Surah Yusuf Ayat 4 – Ayat Pengasih Surah Yusuf

Khasiat Surah Yusuf Ayat 4 – Apakah khasiat Surah Yusuf ayat 4? Di bawah ini Admin akan kongsikan khasiar ayat dari surah Yusuf tu dan beberapa ayat dari surah lain dalam Al-Quran buat rujukan Anda.

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Penerangan: Ayat tersebut diatas mempunyai khasiat untuk menarik perhatian dan mendatangkan kecintaan pada orang yang melihat. Caranya adalah bacalah ayat diatas tiga kali sebelum bertemu orang yang dituju. Insya Allah yang akan ditemui menaruh rasa kecintaan pada Anda.

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39:

عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

Maksudnya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”

Penerangan: Setiap kali Anda bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati.

Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Selanjutnya Admin akan menerangkan khasiat dari Surat An Nisa ayat 84.

( فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا )

Maksudnya:

Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).

Sesuai dengan nama surahnya iaitu An Nisa artinya wanita maka khasiat ayat ini adalah untuk menarik perhatian para wanita khususnya calon isteri agar tetap setia. Caranya adalah bacalah ayat diatas sebanyak 41 kali dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada makanan tersebut dihidangkan pada wanita yang dituju. Insya-Allah pada jiwa wanita tersebut timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada Anda.

Ok, Admin harap dengan perkongsian artikel Khasiat Surah Yusuf Ayat 4 ini dapat membantu Anda untuk mengeratkan lagi hubungan dengan orang yang disayangi, insya-Allah.. semoga berjaya.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (3)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Mia Maira says:

    Salam admin…

    Terima kasih berkongsi ilmu. Ya. Memang benar seperti dinyatakan..surah ini memberi kesan yang mendalam dan serta merta. Apabila saya rindukan seseorang..saya baca tiga kali dalam satu nafas sambil bisikkan nama orang tersebut…insyaallah..akan ada tindak balas dari orang yang disebut namanya. Ilmu ini jangan disalahgunakan kepada orang yang salah. Buruk padahnya kelak.

    Kawan saya juga..telah alami kesan yang agak over dari amalan ayat ini. Dia mengamalkan ayat ini untuk teman lelaki, namun dia diburu ramai lelaki hatta suami orang yang kata wajah perempuan ni sangat cantik sedangkan sebelum ini dia tidak pernah disukai lelaki biarpun pada pertemuan pertama. Saya ada terbaca dalam sebuah blog yg menceritakan rawatan rukhyah…ada disebut ayat yusuf ini jika dibaca dengan amalan yang berterusan..orang yg ada pandangan batin cakap yang akan ada cahaya merah masuk melalui kaki pengamalnya.

    Wallahhualam. Semua ilmu itu kepunyaan Allah. Hanya dia yang tahu segalaya.Saya hanya berkongsi cerita. Sekian.
    JOM usha post terbaru Mia Maira di ~ recently posted..Gemleo BAB 20 & 21My Profile

  2. Lin4880 says:

    bertambah lagi ayat utk cantik yang boleh diamalkan..hehe.. thanks for the info :)

    p/s : tp lepas baca koman psl kwn Mia Maira ni, takut pulak.. ;D

  3. emy aziz says:

    salam..

    terima kasih berkongsi cerita..sy ada krisis dgn bf sy..dan sy harap ayat al guran ini dapat pulih kn kembali hubungan kami..untuk ke step yg HALAL..smoga allah memberkati yg share ilmu..terima banyak2..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com