Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Kelebihan hari Sabtu dalam Islam

Kelebihan hari Sabtu dalam Islam – Apa kelebihan hari Sabtu menurut Islam? Kali ini Admin nak berkongsi bersama pembaca blog www.PelikBinAjaib.com edisi lanjutan kelebihan hari-hari dalam Islam. Memandangkan hari ini adalah hari Sabtu, maka seperti hari-hari sebelum ini, artikel tentang kelebihan hari Sabtu dalam Islam pula akan Admin postkan.

Kelebihan hari Sabtu dalam IslamHari Sabtu adalah Hari Tipu Daya, kerana pada hari ini terdapat 7 peristiwa helah dan tipu daya oleh tujuh kaum:

  1. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as – mereka membangkang kepada Nabinya,
  2. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as – mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka,
  3. Peristiwa Tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as – saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.,
  4. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as – Raja Firaun mencabar Nabi Musa,
  5. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as – Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit,
  6. Peristiwa Tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw – Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  7. Peristiwa Tipu daya kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah – kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian. Lalu Allah mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina.

Sebagian daripada ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu.

Zikir hari Sabtu:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

Doa hari Sabtu:

Ok, selesai tentang kelebihan hari Sabtu dalam Islam. Esok kita bertemu lagi untuk artikel seterusnya tentang kelebihan hari-hari dalam Islam edisi hari Ahad pula. Insya-Allah.

PS: Renung-renungkan dan selamat beramal.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Zila says:

    terima kasih atas perkongsian tu..

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com