Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kelebihan hari Rabu dalam Islam

Kelebihan hari Rabu dalam Islam – Ok, semalam Admin dah kongsikan dengan Anda kelebihan hari Selasa, hari ini pula Admin hendak kongsikan tentang kelebihan hari Rabu dalam Islam. Hari Rabu merupakan hari ke-4 daripada 7 hari kesemuanya. Sebab itu dalam bahasa arab hari Rabu dinamakan الأربعاء bermaksud hari yang ke-empat.

kelebihan hari rabu dalam IslamRasulullah SAW ditanya tentang hari Rabu, Maka Baginda menjawab: Hari rabu adalah Hari Bencana yang terus-menerus. Para sahabat bertanya,” Mengapa demikian ya, Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab: Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaum ’Aad dan kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh AS yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum obat pada Hari Rabu.

Di bawah ini pula adalah zikir hari Rabu yang boleh anda amalkan selalu:

أَسْتَغفِرُ اللهَ العَظِيم

Nota: Amalkan ketika sedang memandu kereta, menunggu bas, waktu rehat, sedang berjalan atau sebagainya.

Doa hari Rabu

Dengan asma Allah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan tidur sebagai peristirahatan dan siang sebagai saat bertebaran
Segala puji bagi-Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku,
Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa henti
Milik Allah, makhluk tak terhitung

Ya Allah, bagi-Mu segala puji
Kau ciptakan, Kau takdirkan, Kau tentukan, Kau matikan, Kau hidupkan, Kau sakitkan, Kau sembuhkan, Kau selamatkan, Kau hancurkan

Di atas singgasana-Mu Kau bertahta
Di atas kerajaan-Mu Kau berkuasa

Kusampaikan pada-Mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rakhmatMu,yang besar deritaNya kerana dosa-dosanya, yang banyak jatuhnya dan gelincirnya,
yang terpusat pada-Mu saja taubatnya.

Sampaikan selawat kepada Muhammad penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci

Curahkanlah padaku syafaat Muhammad SAW
Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya

Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi

Ya Allah, tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:
Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada-Mu,
kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,
dan keenggananku terhadap apa saja yang mengundang kepedihan siksa-Mu

Sungguh, Engkaulah pemberi kurnia kepada orang yang Kau kehendaki.

Nota: Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah SAW
Rujuk kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga, bab 1, fasal 3

Demikian antara kelebihan hari Rabu dalam Islam. Semoga amalan harian kita diterima oleh Allah SWT. Buat dengan penuh ikhlas moga-moga kita mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Sekian dahulu perkongsian dari Admin. Esok Admin akan berkongsi pula kelebihan hari Khamis dengan Anda. Insya-Allah. Wassalam.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com