Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2011

Aha.. anda sudah bayar zakat fitrah ke belum? Admin belum lagi.. hehe, insya-Allah Admin akan bayar zakat fitrah seperti selalu macam bulan-bulan ramadhan tahun lepas, sekarang sudah berkeluarga maka admin bayar zakat fitrah untuk diri admin dan keluarga admin mengikut kepala. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia nie berbeza-beza setiap tahun. Tapi nak kata bertambah mungkin sedikit sangat kadar penambahannya. Pada 1st time Admin bayar zakat fitrah masa tahun 2005 pun masih dalam lingkungan RM5.00++. Sekarang pun lebih kurang ja, bertambah dalam RM0.50.

Ok, berikut adalah info dan maklumat terkini lagi sensasi mengenai kadar zakat fitrah seluruh Malaysia bagi tahun 2011 Masehi bersamaan 1432 Hijriah:

  • Sabah – RM 7.00
  • Sarawak – RM 6.20
  • Melaka – RM 6.50
  • Kelantan – RM 7.00
  • Johor – RM 5.00 / RM 7.50 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
  • Terengganu – RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
  • Kedah – RM 7.00
  • Perak – RM 7.00
  • Pahang – RM 7.00
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – RM 7.00
  • Perlis – RM 6.00
  • Negeri Sembilan – RM 6.50

Sekiranya anda ingin bertanya maklumat lanjut mengenai zakat fitrah nie, boleh layari laman sesawang ini di http://www.zakat.com.my/ atau melalui Facebook di http://www.facebook.com/zakat.my

Membayar zakat fitrah dapat menyucikan jiwa kita, harta kita itu hanya pinjaman daripada Allah, kita sebagai manusia perlu bersyukur atas kurniaan.. mungkinkah tiba masa seperti zaman khalifah dahulu dimana tiada pihak yang layak dan mahu menerima zakat kerana semua keperluan mencukupi. Kenapa zaman sekarang berlainan? Siapa lebih maju.. zaman dahulu atau zaman sekarang? Maju dalam erti kata sama-sama maju, bukan dalam erti aku maju dulu kamu tertinggal di belakang menunggu?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com