Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Jururawat Masyarakat U19

Jururawat Masyarakat U19 – Dahulu dikenali sebagai Jururawat Desa, dan kini ditukar menjadi Jururawat Masyarakat. Itulah yang Admin dapat tahu masa sedang ber’jalan-jalan’ di Forum Jururawat tadi. Kepada pembaca di kalangan Jururawat mungkin lebih mengetahui.

Apakah peranan dan kerja Jururawat Masyarakat U19 (U19 merujuk kepada Gred)? Kepada Anda yang sedang mencari maklumat untuk temuduga Jururawat, anda harus mengetahui tentang jawatan yang ingin dipohon. Kemungkinan besar akan dijadikan soalan semasa temuduga nanti. Kalau dah tahu senanglah jika ditanya nanti, sepontan saja jawap.

Muat Turun Panduan Temuduga Jururawat Masyarakat sekarang, layari http://jururawatmalaysia.com/.


jururawat masyarakat m19Jawatan : Jururawat Masyarakat
Gred : U19
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
ii) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred U19: P1T7 RM1136.52]; dan
iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Atendan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

1) Tugas Jururawat Masyarakat di Rumah Bidan Kerajaan
Klinik Desa/Pusat Kesihatan
1.1) Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
1.2) Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
1.3) Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
1.4) Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
1.5) Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
1.6) Memberi pendidikan kesihatan.
1.7) Menyambut kelahiran bayi.
2) Tugas Jururawat Masyarakat di Wad Bersalin/Hospital
2.1) Membantu menyambut kelahiran bayi.
2.2) Membantu tugas ‘nursing-care’
i) Mengemas katil pesakit.
ii) Menjaga pesakit.
iii) Merawat pesakit.
iv) Membuat pemeriksaan dan menimbang pesakit.
2.3) Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
2.4) Memberi perkhidmatan kesihatan bayi.
3) Latihan
3.1) Membantu memberi orientasi kepada Jururawat Masyarakat yang baru lulus.
3.2) Menyertai program latihan Jururawat Masyarakat.
4) Menyelia
4.1) Menyelia Bidan Kerajaan dan Jururawat Masyarakat yang baru lulus.
5) Pentadbiran
5.1) Bertanggungjawab terhadap organisasi dan pentadbiran klinik.
5.2) Membuat pesanan ubat-ubat, peralatan bekalan dan menyelenggara inventori.
5.3) Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan penyelenggaraan klinik.

Demikian antara maklumat yang berkaitan dengan jawatan Jururawat Masyarakat U19 yang perlu Anda ketahui. Kepada Anda yang bakal menjalani temuduga itu nanti, Admin doakan semoga Anda tenang dan berjaya dalam dalam temuduga tersebut. Sebagai rujukan pantas dan tepat, Admin sarankan agar Anda dapatkan Panduan Lengkap Temuduga Jururawat Terkini di http://jururawatmalaysia.com/ supaya Anda dapat membuat persediaan rapi untuk menghadapi temuduga.

PS: Tak ramai yang tahu tentang Panduan tu, kepada Anda yang membaca artikel ini, moga-moga ia menjadi satu permulaan yang baik dalam karier Anda. Nanti kalau Pentemuduga tanya: Eh! Banyak awak tahu nie, macamana awak tahu? Beritahu ja: Saya dapat tahu daripada website ~ http://jururawatmalaysia.com/

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com