Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Jawapan teka-teki paling susah – mana lagi duit RM1?

Post ini adalah jawapan dan kesinambungan kepada post sebelum ini iaitu di SINI. Pembaca PelikBikAjaib.Com boleh rujuk semula artikel ini untuk melihat soalan yang sebenar. Kepada yang sedang menanti apa jawapannya mesti excited kan? Jadi, apa jawapannya? Releks. Sebelum Admin beritahu jawapan (padahal anda boleh saja scroll terus tengok jawapan di bawah).. Admin hendak menerangkan kepada Anda supaya dalam menjawap soalan tambah-tambah lagi teka-teki, jangan percaya sangat kepada fakta yang diberi, sebab kadang-kadang teka-teki ini ada muslihat.. sehingga anda sendiri tidak dapat menjawapnya. Haa.. kena faham asas itu, Asas menjawap teka-teki. (haha, silibus mana Admin amik nih)

teka-teki paling susahOk, tanpa membuang masa anda, Admin PelikBinAjaib.Com hendak reveal bahawa soalan itu pun Salah Fakta, sebab itu Anda semua tak dapat jawapan. hahaha.. eh, jangan marah.. soalan ini bukan Admin yang reka, Admin pernah jumpa tahun lepas kalau tak silap, dan tiba-tiba muncul semula dalam Facebook, ramai tak dapat jawap.. so Admin la jadi hero menjawapnya.. hehehe.

“Admin!!! Kami nak jawapan lah!!”..Alamaks, sory..sory, Admin terbuang masa pula..ok, jawapannya seperti di bawah:

Pengiraan sebenar:
Pinjam: RM100
Harga baju RM97
Baki: RM3
Hutang yang perlu di bayar kpd kakak dan adik masing-masing: RM97/2 = RM48.5 + RM1.50 = RM50

Maka, jumlah sebenar yang perlu diberi ialah RM1.50 bukan RM1. Faham?

Ok, pembaca sekalian, rujuk kepada soalan teka-teki ini semula dan rujuk juga apa yang telah admin beritahu kepada Anda di perenggan 1 tadi.. kenapa bila kira asyik tak dapat sahaja? Kerana FAKTA dalam soalan itu sendiri SALAH. Rujuk balik soalan teka-teki dan lihat ayat ini:

Saya pun pulangkan RM1 kat kakak. RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang ni saya hutang kakak RM49, hutang adik RM49.

Anda rasa betu atau tak fakta teka-teki itu? Begini, dalam soalan tu, dia beri kepada kakak dan adik masing RM1 dan baki RM48. Ok, jadi sebelum dia beri RM1 tu dia hutang kak ialah RM47? Salah tu… sebab RM97 bahagi 2 = RM48.5! bukan RM47. Jadi fakta RM48 itu dah salah. Sebab itu anda tidak jawapan dan ada baki RM1. Nampak tak? Ha.. itulah trik soalan teka-teki.. janganlah marah pula kepada orang yang buat soalan teka-teki paling susah ini. Niatnya mungkin nak bergurau.. yang penting suasana yang timbul akibat teka-teki, serius + kantoi.

Antara jawapan yang boleh dikata menjawap, walaupun fakta salah:

RM97 + RM2 (bayar seorang RM1) + RM1 (Baki yang disimpan) = RM100
RM97 + 1 = 100 – 2
98 = 98
so xde pun duit yang hilang.. :)

Apa pun, Fakta dah SALAH. Jawap macamana pun SALAH. Apapun kesalahan, sepertimana Admin beritahu tadi teka-teki ini hanya sekadar hiburan.

Jadi setakat itu dahulu, selamat berpuasa kepada semua ummat Islam di Malaysia, ceria selalu.. dan jangan terlalu stress. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu kaji masalah itu. Jangan lari dari masalah, berusaha…berdoa dan bertawakallah. Wallahu a’alam.

PS: Klik LIKE di atas jika anda suka. Hehe

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com