Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Jam tangan termahal 2011 – jam tangan paling mahal di dunia

Jam tangan termahal di dunia. So, what is the most expensive watches in the world? Ehem.. speaking BI pula. Berikut adalah senarai teratas dengan beberapa maklumat yang admin pasti admin dan anda sendiri pun tidak mungkin cukup “kaya” untuk membelinya bahkan menyewanya. Ini adalah jam tangan paling mahal di dunia. Jam-jam tangan ini hanya seorang perniagaan yang mempunyai kapal layar mampu membeli. Saya berharap anda akan menikmati melihat senarai teratas jam tangan ini!

Di bawah adalah senarai 10 teratas jam tangan termahal di dunia tahun 2011. Admin susun dari top 10 dahulu.

Top 10: Breguet pocket watch 1907BA/12, Harga $734,000 = RM2.2 Juta

Jam tangan termahal 2011 - jam tangan paling mahal di dunia

Maklumat: Syarikat Breguet telah diasaskan sejak 225 tahun yang lalu, melihat pada angka sahaja menjadikan ia salah satu syarikat watch yang tertua di dunia. Jadi tidak menjadi persoalan mengapa mereka dapat menghasilkan jam tangan termahal ini. Breguet kini merupakan sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Swatch Dunia. Jam tangan mewah Pocket Watch 1907BA/12 ini diperbuat daripada emas 18 karat. Pergerakannya pula merupakan hasil buatan tangan pereka.

Top 9: Blancpain 1735, Grande Complication – Harga: $800,000 = RM2.4 Juta

Jam tangan termahal 2011 - jam tangan paling mahal di dunia

Maklumat: Kompilasi Grande, Blancpain 173 adalah sebuah jam yang sangat mewah, sarungnya yang diperbuat daripada platinum. Manakala tali jam ini pula dibuat daripada kulit buaya dan bahagian-bahagian enjin dalaman dibuat 740 keping bahagian-bahagian dan komponen buatan tangan, merupakan salah sebuah di antara jam tangan yang paling kompleks yang pernah dibuat di dunia.

Top 8: Louis Moinet Magistralis – Harga: $860,000 bersamaan RM2.58 Juta

Maklumat: Sebelum ini anda mungkin pernah mendengar bahawa terdapat sebuah jam tangan yang dibuat daripada meteorit yang berusia 2000 tahun. Jam tangan yang dimaksudkan ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Louis Moinet Magistralis. Sarungnya diperbuat daripada emas 18 karat. Keunikan bulan meteorit adalah penyebab utama mengapa jam tangan ini begitu mahal malahan ia tidak akan dicipta lagi berulang kali.

Top 7: Hublot Black Caviar Bang, harga: $1 million = hampir RM3 Juta

Maklumat: Anda mungkin bertanya-tanya mengapa jam tangan ini terlalu mahal. Terdapat beberapa fakta yang membuatkan jam ini mahal. Pertamanya ia dibuat dalam masa 2000 jam dengan begitu teliti dan kerja yang rapi. Kedua, sarung jam ini sahaja diperbuat daripada emas putih 18 karat yang dikombinasikan bersama 322 butir permata hitam termasuk dalam bahagian tali, yang menjadikannya berjumlah sebanyak 25 karat emas! Jam tangan unik ini merupakan satu-satunya jam tangan yang ada di dunia.

Top 6: The Chopard Super Ice Cube, harga: $1.1 million = RM3.3 Juta

Maklumat: Jam tangan mahal ini digelar sebagai Chopard Super Ice Cube kerana bentuknya yang seperti kiub ais. Ia diperbuat daripada koleksi batu-batu permata. Batu-batu permata 66 karat.

Top 5: Patek Philippe Sky Moon Tourbillon – Harga: $1.3 million, covert duit Malaysia = RM3.9 Juta

Maklumat: Jam Patek Philippe Sky Moon Tourbillon adalah sebuah jam yang sangat mahal kerana ianya diperbuat daripada 688 bahagian termasuk bahagian saiz yang super kecil (mikroskopik). Sarung jam ini diperbuat daripada platinum. Ia dihasilkan hanya dalam 2 utas / tahun. Utas pertama jenis platinum dan satu lagi utas jenis rose gold.

Top 4: Vacheron Constantin Tour de l’Ile. Berharga $1.5 million

Maklumat: Vacheron Constantin Tour de l’Ile dianggap sebagai salah satu jam tangan yang paling kompleks yang pernah dibuat oleh manusia. Diperbuat daripada 834 bahagian yang mengambil masa lebih 10,000 jam untuk disiapkan (lebih daripada satu tahun). Jam ini mempunyai dua muka yang menunjukkan masa yang sama, sarungnya diperbuat daripada emas. Jam tangan ini dihasilkan hanya dalam 7 unit sahaja di seluruh dunia.

Top 3: Patek Philippe’s Platinum World Time yang berharga $4 million – RM12 Juta!

Maklumat: Jam ini telah menjadi jam tangan paling mahal di dunia pada tahun 2002 apabila ia telah dijual dengan harga $4 juta dalam satu acara lelongan. Perkara menarik tentang jam tangan ini ialah dimana ia dapat memaparkan zon masa 24 jam di negara-negara yang berbeza, dan ia sangat mudah untuk dibaca dan difahami.

Top 2: Patek Philippe’s Supercomplication. Harga $11 million bersamaan RM33 Juta

Info Jam: Patek Philippe’s Supercomplication ini adalah jam saku yang diperbuat daripada emas 18 karat. Ia dihasilkan pada tahun 1932 yang mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Jam saku ini ditempah oleh Juru Bank New York, iaitu Henry Graves Jr. Jam ini mencipta rekod untuk jam saku pada tahun 1999 apabila ia telah dijual secara lelongan.

Top 1: 201-carat Chopard: $25 million

Info Khas: Jam ini merupakan jam tangan yang paling mahal sekali di dunia. Ia mungkin sukar untuk dipercayai, namun hakikatnya inilah jam tangan termahal yang bernilai $25 juta bersamaan dengan RM75 juta. Diperbuat daripada berlian merah jambu 15 karat, berlian biru 12 karat dan berlian putih 11 karat. Di samping itu terdapat lagi 163 karat berlian dikelilingi oleh warna putih dan kuning, yang menjadikannya berjumlah 201 karat semuanya, seperti nama jam tangan itu sendiri.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Ratu says:

    Waduh, nak mimpikan satu pun susah!

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com