Hujan di Mekah dekat Kaabah dalam Masjidil Haram
By admin on Oct 11, 2011 with Comments 5
Hujan di Mekah dekat Kaabah dalam Masjidil Haram. Subhanallah, bukan senang mengalaminya di Mekah yang kita semua tahu amat jarang hujan. Apabila hujan ia merupakan rahmat Allah yang turun mencurah-curah. Jika di Malaysia memang kita tidak kisah, namun masyarakat arab yang jarang bertemu hujan ia kadang-kadang menjadi suasana pesta senyuman. Anda boleh melihat keadaan hujan dalam Masjidil Haram melalui gambar di bawah.
Gambar 1: Suasana hujan dalam Masjidil Haram dekat Kaabah.
Gambar 2 dan 3: Awan mendung kelihatan di langit Mekah.
Gambar 4: Kelambu Kaabah atau al-Kiswah yang kebasahan akibat Hujan Rahmat.
Gambar seterusnya: Jemaah Haji dan suasana dalam Kaabah.
Suasana mendung dan hujan di Kaabah yang kadang-kadang oleh kerana lebatnya hujan sehingga berlaku banjir di dalam perkarangan Masjidil Haram. Walaubagaimanapun ia merupakan pengalaman berharga kepada jemaah haji yang menunaikan ibadah haji di sana. Tawaf dalam hujan. Rindu Mekah Rindu Madinah. Setiap ummat Islam wajib menanamkan cita-cita untuk sampai dan pergi ke Mekah tempat kelahiran junjungan Nabi mulia Muhammad Salallahu’alaihu wasallam, penutup segala Nabi-nabi.
PS: Insya-Allah akan tiba masanya Admin akan berkunjung ke sana suatu hari nanti. Sama-sama kita semat dan tanam keazaman serta doa.
PSS: Kepada anda yang pernah pergi mesti wujud rasa rindu setelah melihat gambar di atas kan?
Artikel yang berkaitan:
Filed Under: informasi

















Assalamualaikum…semasa hujan minggu lalu saya berada di sekitar dalam masjid hingga hujan berhenti….suasana hujan di dalam masjidil haram dan di luar lingkungan 500m biasa tak hujan memang berlaku.syukran
to Hj Arshad: terima kasih Tuan Haji atas informasi.
saya termenung, haru … ingin bisa ke sana kembali..

JOM usha post terbaru sunflo di ~ recently posted..Kangen…
to sunfo: dah pernah pergi sebelum ini. Alhamdulillah, insya-Allah pada masa akan datang bisa pergi lagi. Setiap Muslim harus menanam azam untuk pergi ke Mekah menunaikan haji kerana ia merupakan tuntutan ke 4 dalam Rukun Islam kepada yang berkeupayaan. Berusaha berdoa dan bertawakal.
dapat merasai suasana hujan di Masjidil haram masa haji 2010… terlalu ramai hingga terpaksa solat di depan lif tingkat 3, selalu solat atas bumbung tp kerana hujan jadi semua masuk dan solat atas lif pun ada…