Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Harga besi buruk terkini dan semasa di Malaysia

Harga besi buruk terkini dan semasa. Siapa tahu harga besi buruk terkini? Bukan apa, banyak sangat besi terpakai di belakang rumah tok Admin nie. Admin pernah pergi jual dahulu besi buruk di Arau, Perlis. Harga besi buruk sekilo dalam RM2 kalau tak silap Admin. Masa tu tahun 2007. Masa jual tu tahu la juga Admin, besi ini ada gred rupanya, jadi harga besi buruk berdasarkan gred besi tu lah samada besi gred A, besi gred B. Nak tahu bezanya mudah saja, kalau besi gred A berat dan padat berbanding besi gred B.

Harga besi buruk terkini dan semasa di Malaysia

Masa pembeli besi buruk tu terang kat Admin pasal gred besi buruk, teringat Admin matapelajaran fizik di sekolah dulu. Kalau besi gred A, molekul-molekulnya padat antara satu sama lain. Manakala Besi gred B molekul-molekul yang memenuhi ruang kurang padat sebab itu ia lebih ringan dan lebih murah.

Cuma sekarang ini entah dari mana datangnya pula besi-besi buruk nie, buat semak saja, baik jual. Cuma masalahnya bila Admin pergi ke tempat yang Admin jual besi dulu dia dah tutup. Tak tahu nak jual kat mana lagi. Sambil-sambil tu nak cari juga harga besi buruk terkini, supaya masa nak jual nanti tak la kena tipu kan. Hehe..

Ok, dah jumpa harga besi buruk terkini. Hehe, semasa Admin tulis artikel nie Admin sambil-sambil cari, kalau tak jumpa juga, Admin harap sekiranya ada pelawat yang membaca artikel ini dan kalau anda tahu harga besi buruk semasa sila beritahu di ruang komen di bawah ya. Boleh sama-sama kita kongsi untuk manfaat.

Ini dia senarai harga besi buruk terkini yang Admin temui:

Tembaga 1 kilogram = RM21
Aloy 1 kilogram = RM5
Besi Nipis 1 kilogram = RM1

Menurut pemerhatian Admin, harganya mungkin tidak jauh beza setiap negeri, mungkin harga besi terpakai dalam lingkungan RM1 ke RM2. Kalau jual sekilo tak apa juga, tak la banyak ruginya, kalau jual 10 kilo mahu rugi dalam RM10. So, nasihat Admin kepada Anda yang nak jual besi buruk tu tanya la dulu orang dan survey dulu harga.

Ok, selamat menjual besi buruk. :)

PS: Jangan lupa beritahu Admin kalau anda tahu harga besi buruk terkini.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com