Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Guna GPS kesan telefon ibu hilang dicuri

Guna GPS kesan telefon ibu hilang dicuri ~ Ada tak dikalangan pembaca blog www.PelikBinAjaib.com yang pernah kehilangan telefon bimbit? Jumpa balik tak? Macamana Anda cari? Ada tak yang cari telefon bimbit yang hilang dengan GPS? Huhu.. banyak pula soalan yang Admin tanya, mana satu nak jawap nih.

Sebernarnya Admin nak kongsikan satu kisah menarik yang kreatif bagaimana seorang anak mengesan telefon ibunya yang hilang dengan bantuan alat GPS. Di bawah ini admin kongsikan kisahnya..

WOODBRIDGE, Britain: Seorang anak, Kristen Richardson berusia 12 tahun mengesan lokasi telefon bimbit ibunya yang disimpan oleh seorang pencuri, dengan menggunakan sistem kedudukan global (GPS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu budak itu, Gemma Richardson, 32, mendapati telefon bimbitnya yang berharga £230 (RM1,127) hilang selepas dia minum di sebuah bar di Felixstowe, Suffolk pada Ahad lalu.

Guna GPS kesan telefon hilang dicuriDia kemudian memberitahu anaknya, Kristen yang kemudian dapat mengesan lokasi telefon bimbit ibunya itu.

Kristen dapat mengesan kedudukan telefon itu dengan menggunakan komputer riba ibunya menerusi GPS kerana dia telah memuat turun satu aplikasi keselamatan telefon ke dalam telefon bimbit ibunya.

Budak itu mendapati telefon bimbit itu berada beberapa meter dalam sebuah rumah di sebuah kampung beberapa kilometer dekat sini.

Dia kemudian melihat alamat rumah tersebut menerusi Google Street View di Internet sekali gus dapat melihat gambar rumah berkenaan.

Ibunya kemudian menghubungi polis bagi memberitahu alamat rumah tersebut.

Menurut akhbar Daily Mail, beberapa anggota polis kemudian pergi ke rumah tersebut dan menemui telefon bimbit itu.

Seorang lelaki berusia 21 tahun di dalam rumah itu kemudian mengaku dia mengambil telefon tersebut semasa berada di bar tersebut.

Menurut seorang jurucakap polis, kes itu diselesaikan menerusi pendekatan komuniti apabila si pencuri telefon tersebut menulis surat meminta maaf kepada pemilik telefon.

Jadi, lepas nie boleh la pasang alat keselamatan pada telefon bimbit masing-masing. Kalau nak lah kan? Hehe, memandangkan ramai memiliki telefon yang canggih-canggih yang tentunya berharga mahal, kalau hilang susah juga, tidur tak lena dibuatnya. Sekian.

PS: Kegunaan lain GPS = Alat pengesan kedudukan telefon hilang atau dicuri.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. nina says:

    untunglah aku GPS pun takde cne nak kesan telefon hilang T.T

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com