Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Gambar jenis-jenis Mikroorganisma

Gambar jenis-jenis Mikroorganisma – Pagi ini kita belajar Sains. Sebut pasal mikroorganisma nie Admin teringat masa matapelajaran sains di sekolah rendah tahun 5 dan menengah. Benda paling best sekali dapat masuk makmal dan guna alat microskop. Hoho, macam-macam bentuk mikroorganisma yang dapat dilihat. Ada sekali tu punya terlalu fokus sampai terkena slide kaca lalu pecah. Siapa ada pengalaman macam Admin?

Di bawah ini Admin ingin kongsikan maklumat dan info tentang mikroorganisma, kalau ada pembaca di kalangan pelajar boleh ambil buat rujukan dan bacaan. Mana tahu masuk exam ker. Hehe.

Mikroorganisma

  1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan.
    Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil).

  2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan di dalam badan kita.
  3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
    Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism.

  4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jenis-jenis Mikroorganisma

Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
(a) bakteria
(b) virus
(c) fungi
(d) protozoa

gambar jenis-jenis mikroorganisma
Rajah 1.1 – Gambar Mikroorganisma

  • Bakteria

    (a) Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.
    (b) Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).
    (c) Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.
    (d) Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
    (e) Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
    (f) Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
    (g) Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

  • Virus

    (a) Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
    (b) Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.
    (c) Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

  • Protozoa

    (a) Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
    (b) Protozoa ialah organisma akuatik.
    (c) Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

  • Fungi

    (a) Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
    (b) Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.
    (c) Fungi membiak daripada spora.
    (d) Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.
    (e) Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
    (f) Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

Demikian antara maklumat tentang jenis-jenis mikroorganisma yang dapat Admin kongsikan, semoga berguna kepada Anda terutamanya murid-murid, pelajar-pelajar bahkan guru-guru. So, kalau ada kesalahan maklumat atau tambahan mohon tolong beritahu di ruangan komen, nanti Admin akan perbetulkan. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com