Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

eghrmis – hrmis versi internet

Eghrmis – hrmis versi internet. Admin nak buat pengumuman sikit bahawa pihak JPA telah menyediakan URL baru bagi HRMIS versi internet bagi pengguna 3 modul iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi dan Penamatan Perkhidmatan dengan menggunakan url HRMIS Login.

Capaian HRMIS melalui internet – Maka dengan itu aplikasi HRMIS kini boleh diakses melalui internet tanpa menggunakan talian EG*Net. Sehubungan itu, semua warga Kementerian Sumber Manusia boleh mengemaskini maklumat ke dalam aplikasi HRMIS samada di pejabat ataupun di luar pejabat yang mempunyai talian internet. Modul/Submodul yang terlibat adalah Submodul Rekod Peribadi, Submodul Perisytiharan Harta, Submodul LNPT, Modul Penamatan Perkhidmatan. Kerjasama semua diminta supaya dengan SEGERA mengemaskini maklumat peribadi, mengisytiharkan harta dan mengisi SKT masing-masing ke dalam aplikasi HRMIS. Segala kelewatan akan menyebabkan pelaksanaan proses Sumber Manusia secara online akan terganggu. Antaranya Penamatan Perkhidmatan, Pelan Landasan Kerjaya, Pengurusan Gaji dan sebagainya.

Faedah : Sistem HRMIS boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet termasuk di rumah.

APLIKASI HRMIS (HRMIS kini boleh di akses di mana – mana sahaja sama ada di rumah atau pejabat menggunakan talian Broadband atau Streamyx. Walaubagaimanapun kemudahan akses ke aplikasi (versi internet ) ini terhad. Untuk mengaksesnya sila klik pada pautan ke-3 di bawah):

1. Aplikasi HRMIS versi Klasik ~ http://hrmis.eghrmis.gov.my/
2. Aplikasi HRMIS versi MyHRMIS ~ http://hrmis.eghrmis.gov.my/myhrmis/
3. Aplikasi HRMIS versi Internet ~ https://internet.eghrmis.gov.my/

Untuk sebarang pertanyaan mengenai HRMIS anda boleh download Soalan-soalan lazim HRMIS di SINI.

Tidak dapat masuk ke HRMIS – Sekiranya anda tidak boleh membuka laman portal rasmi HRMIS, sila gunakan browser Internet Explorer. Dimaklumkan bahawa capaian ke Aplikasi HRMIS boleh menggunakan pelayar Internet Explorer (IE) Versi 9 bagi OS Windows 7 dengan mengikuti langkah-langkah setting mudah seperti berikut:

Melalui menu pelayar IE9, klik butang Tools>Compatibility View Setting>check all Check Box

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh disalurkan kepada Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400.

Manual panduan pengemaskinian modul rekod peribadi hrmis – aplikasi hrmis versi internet

Semoga maklumat ini berguna untuk anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com