Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib
88 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Cara guna Gambir Sarawak antara Kebaikan dan Keburukan Gambir Sarawak

Cara guna Gambir Sarawak antara Kebaikan dan Keburukan Gambir Sarawak. Sebelum Admin kongsikan maklumat tentang bagaimana cara guna Gambir Sarawak ini, mari kita kenali dulu apa itu gambir Sarawak, kepada orang Sarawak mungkin tahu, namun ada juga di kalangan pembaca yang tidak tahu. Kita tambah maklumat dan pengetahuan sikit.

cara guna gambir sarawak

Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir, biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China. Ia jenis tumbuhan menjalar yang mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya berwarna kuning. Ia juga termasuk dalam kategori tumbuhan herba. Kandungan utama herba tersebut adalah tannin yang mempunyai astrigen.

Sejak zaman-berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir ini dijadikan sebagai penawar kepada bisa gigitan atau patukan ular dan dijadikan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.

Cara guna Gambir Sarawak

cara guna gambir sarawak

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan gambir ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan gambir Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit.

Dalam salah sebuah laman web menyatakan masyarakat Cina purba mempercayai tumbuhan tersebut digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain daripada berkhasiat untuk membuang angin dari dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, gambir dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.

Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.

Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.

Kebaikan dan Keburukan Gambir Sarawak

Di sebalik kehebatan gambir, merujuk kepada pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Thamby katanya bahawa; penggunaan gambir Sarawak secara berlebih-lebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. Kemaluan akan melecet serta berasa pijar yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.

Lebih teruk lagi, lama-kelamaan, penggunaan bahan tersebut akan mengalami kerosakan saraf terutama di kawasan yang sensitif. Kehilangan rasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin juga boleh terjadi sekiranya tumbuhan tersebut kerap sangat digunakan.

Gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi. Cuma penduduk Semenanjung sahaja yang taksub dengan dakwaan bahawa gambir Sarawak boleh memanjangkan tempoh ereksi.

Demikian penerangan daripada Dr. Mohd. Thamby tentang kebaikan dan keburukan Gambir Sarawak. Dalam pada itu, menurut ahli botani dan ekologi tempatan iaitu Dr. Paul Chai; hanya gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat di ranjang kerana kawasan lain di Semenanjung didapati hanya menggunakannya untuk tujuan perubatan.

Menurut Dr. Paul, masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan bahawa gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia. Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.

Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Sumber: kosmo.com.my

Erm, jadi ada pro dan kontra juga penggunaan gambir Serawak nie. Oleh kerana ianya dijual secara terbuka dan meleluasa di Sarawak dengan harga yang murah mendorong pengguna membeli gambir Sarawak tanpa memikirkan risiko buruk penggunaan Gambir Sarawak terhadap kesihatan mereka. Pada pendapat Admin sila rujuk dahulu pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kerana prihal makanan ini jangan dipandang remeh kerana ianya memasuki badan dan rongga tubuh, silap makan badan yang akan terima sakit dan akibat.

Jadi diharapkan artikel bertajuk “Cara guna Gambir Sarawak antara Kebaikan dan Keburukan Gambir Sarawak” ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca dalam pada masa yang sama menambah maklumat kepada Anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. johan says:

    di bintulu ada gambir sarawak tak?

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com