Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Betul ke Produk Syarikat Ramly Burger Pakai DNA Babi?

Betul ke Produk Syarikat Ramly Burger Pakai DNA Babi? Siang tadi heboh pasal isu ini di Facebook mengatakan Hot Dog Ramly Burger ada DNA Babi. Siasat punya siasat, tanya punya tanya baru la Admin dapat tahu rupa-rupanya ianya fitnah dan sabotaj daripada pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Penafian pun telah dilakukan, cuma Admin belum jumpa pasal siapa dalang di sebalik penyebaran berita angin ini. Memang angin betul dibuatnya.

Apapun sebagai orang yang bijak, jika diterima apa sahaja berita angin haruslah dikaji dan diteliti terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada umum, inilah yang Admin pegang sehingga hari ini dan sampai bila-bila, jangan kerana berita baru dan panas kita curah dengan minyak. Asal kita sebar jadi 1 dosa, orang lain pula tolong sebar berita yang kita sampaikan jadi 1000 x infinty dosa!

Berikut merupakan lampiran surat yang dibuat dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap isu ini. Mereka menggunakan nama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Di bawah ini pula adalah penafian daripada pihak Syarikat Ramly Burger terhadap fitnah ini:

Kepada
Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Komen Admin: Mungkin ada pihak yang menggunakan nama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk memburukkan nama kerajaan negeri Kedah. Hrm..tak ada cara lain ka yang lebih elok untuk digunakan? Fitnah itu lebih berat dosanya daripada membunuh, tahu.

Memang tidak dinafikan, ummat Islam memang sensatif pasal soal halal haram makanan nie. Kelmarin baru saja Admin post pasal HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA Babi. Tetiba hari ini keluar pula kes baru. huh! Haru-biru betul.

Admin harap, artikel ini dapat menjawap segala persoalan yang timbul pada peminat-peminat burger Ramly termasuklah Admin sendiri. Mau taknya, dalam sebulan sekurang-kurangnya sekali juga la Admin beli burger Ramly nie. Sekian.

PS: Beringat sebelum terkena.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com