Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Belajar Bahasa Iban

Belajar Bahasa Iban – Mari belajar bahasa Iban. Dapat belajar banyak bahasa memang menjadi satu kelebihan kepada diri. Selain daripada memudahkan pergaulan, ianya secara tidak langsung merapatkan hubungan. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis bangsa, agama dan budaya, maka wujudlah pelbagai bahasa pertuturan bahkan slanga bahasa yang sama juga kadang-kadang berbeza.

belajar bahasa ibanBuat pengetahuan Anda, bahasa Iban juga merupakan antara bahasa yang sering digunapakai dalam pertuturan sesetengah masyarakat di Malaysia seharian, lebih spesifik lagi di negeri Sarawak. Kepada pengembara atau pelajar yang buat research berkaitan dengan kawasan pendalaman atau kehidupan orang asli, pengetahuan tentang bahasa Iban menjadi satu kelebihan. Bahasa Iban sebenarnya mudah dipelajari berbanding kebanyakan bahasa-bahasa etnik lain yang wujud di Malaysia, sebab kebanyakannya lebih kurang sama dengan Bahasa Melayu, buktinya adalah seperti di bawah (dari Bahasa Melayu ke Bahasa Iban).

Makan – Makai
Berjalan – Bejalai
Jalan – Jalai
Pulang – Pulai
Panjang – Panjai
Mandi – Mandi (Bukan Mandai ya, jadi jangan memandai hehe..)

Selain itu terdapat juga perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa Iban seperti:-

Aku/Saya – Aku
Kamu/Awak – Nuan, Dik, Kuak (di sesetengah tempat saja guna perkataan ‘Kuak’ ini)
Dimana – Dini
Kemana – Kini
Kesana – Kin
Kesini – Kitu
Nadai – Tiada
Ada – Bisi
Tiada – Nadai
Bagaimana – Baka ni
Berapa – Berapa
Sudah – Udah
Belum – Bedau

bersembang = berandau
cari = ngigak
manah = bagus
pengajar = cikgu
bub = buku
mending = dengar
medak = tengok
ngabang – berkunjung
ngirup – minum
makai – makan
gerai – sihat
nyamai – sedap

Sepertimana bahasa-bahasa lain juga, Bahasa Iban turut mempunyai kata penghubungnya yang tersendiri:-

dan – enggau
atau – tauka
serta – sereta
tetapi – tang
malahan – taja pen
sambil -sambil
kerana -laban
agar – ngarap ka
meskipun, walaupun – taja pen
sekiranya – enti sema
jika – enti
semasa – benong
setelah – pengudah.

Persoalan di dalam Bahasa Iban yang sering juga digunapakai seharian:-

Apa khabar? – Nama berita?
Siapakah nama anda? – Sapa nama nuan?
Siapa datang dengan anda? – Sapa enggau nuan?
Berapakah harga barang ni? – Berapa rega utai tu?
Dimana ___ ? – Dini alai ____ ?
Anda dari mana? – Ari ni penatai nuan?
Sekarang pukul berapa? – Pukul berapa diatu?
Sekarang pukul 5 – Diatu pukul 5
Saya mahu pulang – Ka pulai dulu
Selamat lemai – Selamat petang
Selamat pagi – Selamat pagi
Selamat tengah hari – Selamat tengah hari
Selamat malam – Selamat malam
Selamat datang – Selamat datai / Selamat nemuai
Selamat berkenalan – Selamat bekelala
Bagus – Manah
Jahat – Jai
Cinta – Pengerindu
Kekasih – Sulu
Rindu – Lelengau
Sayang – Sayau

Selain daripada menambah kosa kata dalam pertuturan seharian, ada diantara mereka yang mempelajari bahasa Iban untuk mencari jodoh. Adakah Anda yang dimaksudkan itu? Hehe. Jom kita belajar pula beberapa ayat di dalam bahasa Iban.

Saya cintakan awak.
Aku sayau ke nuan.

Jom kita kahwin sekarang.
Aram tua kawin diatu.

Dah mandi ke belum.
Udah mandi ke bedau.

Aduh.. saya sakit perut.
Akai… aku pedis perut.

Mak, saya nak makan.
Indai, aku deka/kak makai.

Ayah, minta duit sikit.
Apai, minta duit mimit.

Angkat jemuran, hujan sudah turun..
Angkat kain jembi , ujan udah laboh..

Anak kucing kawan saya dah mati.
Anak mayau kaban aku udah parai.

Hensemnya dia….
Sigatmai ia…

Cantiknya dia..
Bajikmai ia..

Sakit gigi.
Pedis ngeli.

B.M : Jom, minum petang!
Iban : Aram, ngirup lemai!

B.M : bangun pagi
Iban : Dani pagi

BM : Balik dulu
Iban : Mupuk dulu

berapa panjang pembaris ni?
nama pemanjai pembaris tok?

cantik (prety) = bajik.
suka (cinta) = ka (contoh : Aku ka ke nuan (Aku cintakan awak)
wanita (perempuan) = indu
punya pacar = bisi pengerindu hati/bisi pangan.
sakit hati = tusah hati(susah hati)=pedih ati.
patah hati= putus ati.
umur berapa= songsangkan saje =berapa umur.
kapan menikah= kemaya melah pinang
sudah mandi= udah mandi
kenapa masih bau = nama kebuah agi berbau/ lapa agi bisi bau.
senang jumpa dengan kamu = rinduk betemu enggau nuan.

saya tidak puas hati dengan kamu = Aku enda puas ati enggau nuan/palak nuan.
tolong jangan buat lagi = Minta anang bekenyak agi.
terima kasih kerana tolong saya = terima kasih laban nulong aku.
Tiada masalah = Nadai ngawa

Main Kulok dan Main Skipui = Sejenis permainan kad

Kalau anda hendak belajar bahasa Iban, Admin sarankan kawan dengan rakan Iban, lebih mudah kerana dia boleh terjemahkan untuk Anda. Berbanding kalau belajar sendiri atau dari kamus, risau atau dikhuatiri sebutannya pula salah. Sekadar itu dahulu perkongsian untuk kali ini, semoga artikel ini berguna kepada Anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com