Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Asal usul kejadian Nafsu

Asal usul kejadian Nafsu. Pagi ini Admin nak kongsi informasi agama tentang kisah asal usul nafsu serta sejarah kejadian nafsu. Sebelum itu Admin nak tanya pembaca, nafsu ini baik ker jahat? perlu ka nafsu ini dalam diri kita? Anda fikir dahulu, nanti Admin beri jawapan di perenggan bawah sekali.

Asal usul kejadian Nafsu

asal usul kejadian nafsuDalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Alamak, nak kasi jawapan soalan pertama, nampaknya sudah ada jawapan dalam artikel di atas. Jahat nafsu ini harus dikawal oleh manusia itu sendiri, jika tidak ia akan mengawal kita. Namun kenapa Allah SWT ciptakan nafsu dan letakkan dalam diri manusia?

Pertama: Sebagai ujian kepada manusia. Kedua: perlunya nafsu untuk melengkapkan manusia sepertimana enjin kereta yang memerlukan minyak. Jika pembakaran berlebihan, dengan kereta-kereta sekali terbakar. Jadi harus dikawal oleh enjin, bagi manusia dikawal oleh akal fikiran. Lebih kurang begitulah perumpamaan yang dapat Admin berikan supaya Anda lebih faham.

Semoga artikel bertajuk Asal usul kejadian Nafsu bermanfaat buat Anda. Sekian.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: informasi

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com