Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Teka teki susah – teka teki paling susah

Haha, sebut mengenai teka-teki Admin teringat keluarga Admin, ayah Admin dulu selalu main teka-teki. Admin rasa, ayah admin orang yang pertama mengenalkan Admin dengan teka-teki. Anda suka tak main teka-teki? Admin pasti anda pun suka.. teka-teki ini adalah hiburan orang dahulu sehingga sekarang.. teka-teki dapat merangsangkan minda, merapatkan hubungan dan membibitkan senyuman. (^.^). Jadi tahukan Anda? Apa teka-teki paling susah?

Sampai sekarang Admin baru jumpa dan temui satu teka-teki susah bahkan paling susah yang pernah jumpa, jika pembaca pernah jumpa teka-teki yang lagi susah daripada ini, sila beritahu ya.. nanti Admin post kan di blog PelikBinAjaib.Com dengan meletakkan Nama Anda. Ok, teka-teki yang Admin maksudkan ia membabitkan pengiraan, kepada pembaca yang pernah jumpa mesti perasan. hehe.. sebenarnya dah ada jawapan.. nanti admin berikan jawapan, sekarang admin post soalan teka teki susah ini dahulu, teka teki seperti berikut:

Saya nak beli baju RM97 tapi saya takdak duit. So saya pun pinjam la RM50 kat kakak, RM50 kat adik. Sekarang saya ada RM100 dalam tangan. Lepas beli baju, casher topman pulangkan RM3. Saya pun pulangkan RM1 kat kakak. RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang ni saya hutang kakak RM49, hutang adik RM49. Tapi bila saya campur dua-dua hutang kakak n adik. RM49+RM49= RM98. Campur duit dalam tangan saya RM1=RM99. Mana lagi RM1 duit saya?

Hehe, amacam, susah, keliru, dahi berkerut semua dah muncul kan. ekeke..nak tahu jawapan? Tengok di post PelikBinAjaib di SINI. Soalan nie kalau letak di FB boleh kasi mode “skema” sekejap. hahaha! Ok lah.. semoga anda dapat menjawab. Jika Anda suka entry Admin, sila klik butang Like di atas. :)

Wassalam.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: berita semasa

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. Alshar says:

    Rm100 – Rm 2 ( rm 1+ rm1) iaitu dr akak n adik.

    Rm100 – rm2 : rm98.

    Rm98- rm97 : rm1.

    Rm1 kmu pegang.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com