Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 – Video

Shila Amzah Juara Asian Wave – Baru semalam Admin post video tentang Shila Amzah dendangkan lagu versi Cina di Asian Wave yang menyebabkan juri meremang bulu roma (link sini), hari ini Admin dapat berita yang Shila Amzah dinobatkan sebagai juara atau pemenang persembahan nyanyian Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi. Tahniah Shila, Malaysia proud of you!

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Berita gembira ini disahkan oleh adik-beradik Shila, Syahir dan Syada yang memberikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter: “Alhamdulillah. @Shilaamzah is the champion for Asian Wave 2012! Thanks to you guys for voting. Let’s trending #TahniahShilaAmzah,” dipetik daripada akaun Twitter Syahir.

INFO: Bersaing sengit dengan lima finalis dari negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India, Shila telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu “Gemilang” nyanyian Jaclyn Victor, “Grenade” nyanyian Bruno Mars dan juga lagu hit Mandarin berjudul, “Conquering” nyanyian Na Ying.

Pada mulanya, peserta dari China mendahului di tangga teratas dengan undian secara talian iaitu melebihi 140,000, manakala Shila berada di tempat kedua dengan 69,000 undian.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan, Shila mengakui terkejut dengan pihak media di China yang melabelkan dirinya sebagai penghalang kepada peserta dari negara republik tersebut menjuarai pertandingan ini.

Pertandingan ini telah bersiaran pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama empat jam.

Asian Wave 2012 adalah program nyanyian versi Cina yang hampir sama dengan sebuah program di Korea Selatan, “I Am Singer” terbitan MBC dan “The Voice” terbitan Mnet.

Perasan atau tidak, di Final Asian Wave 2012, Shila Amzah menyanyikan Lagu Melayu, Lagu Cina dan Lagu English. Combine ketiga-tiga nyanyian dengan jayanya!

Di bawah ini adalah video nyanyian Shila Amzah semasa Final Asian Wave 2012 malam tadi:

1. Lagu Gemilang, penyanyi asal: Jaclyn Victor.

2. Lagu “Grenade”, penyanyi asal: Bruno Mars

3. Lagu “Conquering”, penyanyi asal: Na Ying

Admin perasan kejuaraan Shila nie apabila mendengar sendiri dari corong radio semasa memandu. Malam nanti mesti keluar TV punya. Apa pula pulangan dan penghargaan Malaysia yang bakal Shila Amzah terima nanti bila pulang ke tanah air. Hehe, macam menang Opimpik pula rasa. Bangga Admin walaupun bukan Admin yang nyanyi.. ahaha!

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: berita semasa

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com