Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Gambar Najib Sembah Salib Ketika Jumpa Pope Adalah Palsu

Gambar Najib Sembah Salib Ketika Jumpa Pope Adalah Palsu! Yup.. zaman sekarang kalau setakat nak edit gambar jadi real memang mudah. Sebelum ini gambar Osama Ladin mati pun disuper imposekan. Ceh! Dah tak ada kerja lain ke diorang nie nak fitnah orang. Agak-agakla nak buat pun.

Admin temui terdapat gambar Dato Seri Najib Razak Perdana menteri Malaysia yang dikatakan sembah salib ketika jumpa Pope Benedict XVI baru-baru ni. Isu panas ini muncul apabila Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai lalu.

Ramai rakyat Malaysia dan masyarakat Islam amat tidak menyenangi apabila melihat gambar tersebut. So, banyaklah komen dam feedback negatif dilemparkan oleh pelbagai pihak ke atas Najib di atas tindakan beliau itu. Menurut sumber gambar itu adalah palsu dan nyata dihasilkan menggunakan teknik pertindihan atau superimpose. Di bawah ini adalah gambar yang diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tersebar di internet.

Gambar Najib Razak Sembah Salib Ketika Jumpa Pope

Bagaimana? 1st time tengok memang anda sendiri akan terkejut bukan? Namun sebelum melatah tak tentu pasal, lebih baik kita kaji terlebih dahulu kesahihan gambar tersebut. Ternyata ianya palsu! Apa buktinya Admin kata palsu?

Sumber daripada Mynewshub.my mengatakan bahawa gambar tersebut adalah palsu dan ianya ternyata dihasilkan dengan menggunakan teknik pertindihan atau lebih dikenali sebagai superimpose.

“Hendak tahu kenapa kami kata ia palsu, ada dua sebab, pertamanya kalau anda cari di Google Image anda akan jumpa Najib memakai tali leher berwarna ungu ketika bertemu Pope (dalam gambar warna jinga) dan keduanya, dalam gambar yang berlegar itu Najib siap pakai tanda nama ketika bertemu Ketua Agama Roman Katolik itu.

“Anda (wartawan) cakap dengan saya, tidakkah ini satu perbuatan kumpulan orang yang terdesak, ketua mereka dapat dilihat jelas dengan pelacur dalam video klip dinafikan sebaliknya video klip berpuluh minit itu pula dikatakan superimpose,” katanya di sini hari ini.

Bawah ini adalah gambar sebenar yang diambil kemudian disuper imposekan:

..dan gambar di bawah ini adalah gambar sebenar ketika Dato Seri Najib Razak berjumpa Pope:

Gambar Najib Razak Sembah Salib Ketika Jumpa Pope

Tambah sumber itu lagi, Perdana Menteri Najib Razak tidak pernah memakai tanda nama ketika berada di luar negara kerana itu bukan amalan mana-mana pemimpin dunia.

PS: Kalau anda benci tahap 7 petala langit pun pada seseorang janganlah sampai menfitnah, fitnah itu lebih berat daripada membunuh.

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: berita semasa

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Sponsored


    Rating for pelikbinajaib.com