Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Gambar model terbaru Proton P3-21A

Gambar terbaru Proton P3-21A ~ Akhirnya muncul juga gambar kereta keluaran Proton yang terbaru awal tahun 2012. Erm, dah tak suspen la sebab dah tunjuk awal. Admin rasa nama Proton P3-21A bukan nama proton tu, nama model keluaran kalau tak silap. Hehe..

Di bawah merupakan imej yang lebih jelas model terbaru Proton P3-21A yang diambil daripada Facebook Page Satria Neo Club Team.

model terbaru proton p3-21a

Atas tu gambar bahagian hadapan (ala-ala Kia Forte), di bawah ini pula adalah gambar yang di ambil daripada bahagian belakang.

bahagian belakang proton p3-21a

Mesti dikalangan Anda yang berhajat untuk membeli atau yang dah siap booking nak tahu harganya. Admin pun tidak pasti harga yang sebenar, tetapi daripada maklumat yang Admin baca daripada beberapa blog lain mengatakan harga Proton P3-21A ini mungkin dalam lingkungan RM60,000 – RM70,000.

Bilakah tarikh pelancaran model Proton P3-21A nie? Menurut sumber 16 Mac merupakan tarikh pelancaran model P3-21A ini dan 27 Februari (mass production). Tempat pelancaran mungkin akan dibuat di Stadium Bukit Jalil.

Kenapa ya, gambar keluar dulu, ada orang bocorkan ke gambar model kali nie? Atau pun memang salah teknik pemasaran daripada Proton? Entah la.. warna kereta proton P3-21A kalau berpandukan dua gambar atas tu, putih dan kelabu.

Bagaimana dengan pendapat anda tentang kereta keluaran proton kali ini? Minat tak?

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: automobil

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us


    Rating for pelikbinajaib.com