Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran. Subhanallah Maha Suci Allah, Ajaib betul bila Admin tengok video janin bayi dalam rahim bersujud apabila diperdengarkan alunan ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya gelombang yang dihasilkan daripada bacaan Al-Quran memang menenangkan.

Gambar janin bersujud dengar ayat Al-quran

Admin jumpa video janin bersujud daripada Youtube, dan seperti biasa Admin akan kongsikan di dalam blog. Semoga sama-sama mendapat manfaat. Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an pada kandungannya, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Daripada alat tersebut dapat dilihat pergerakan mula dan awal serta perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat suci Al-Qur’an.


Jika anda lihat di awal video takni sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal). Kemudian apabila dibacakan ayat suci Al-Quran..Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dalam keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

Sebenarnya masyarakat Jepun sudahpun menggunakan kaedah ini iaitu terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata. Namun sebagai ummat Islam, boleh juga dipraktikkan dengan cara yang sama, tetapi lebih baik jika ibu yang mengandung itu sendiri dapat membacakan Ayat Suci Al-Quran kepada bayinya atau ayahnya sendiri pun boleh.

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

Memang fitrah manusia dan hati manusia akan tunduk serta tenang apabila mendengar ayat Al-Quran. Jika tidak bagaimana hati Umar Al-Khattab yang dikenali pada zaman Qurasyh seorang yang bengis dan hati keras tunduk kepada bacaan ayat Al-Quran? Semoga dapat kita amalkan dalam membentuk jiwa anak yang soleh kerana anak-anak itu ibarat kain putih dan ibu bapanya lah yang mencorakkannya.

Wallahua’lam

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: ajaib

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. TIARA says:

    subhanallah if only young n newly married would see all this in their marriage course

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com