Don't Forget To Join With Our Community
×
+Get this at PelikBinAjaib

Bahtera Nabi Nuh – gambar bahtera Nabi Noh

Bahtera Nabi Nuh – gambar bahtera Nabi Noh. Menurut beberapa sumber, dikatakan bahawa bahtera Nabi Nuh ditemui di gunung Ararat di timur Turki. Setakat mana kesahihannya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Namun yang pasti kewujudan bahtera Nabi Nuh seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran memang tidak dapat disangkalkan lagi. Ianya memang ada, cuma bentuk dan lokasi sebenar terletaknya bahtera tersebut masih menjadi tanda tanya dan perdebatan.

Ada sumber yang mengatakan bahawa lokasi sebenar bahtera Nabi Nuh bukanlah di Ararat, Turki. Kerana di dalam Al Qur’an mengisahkan bahwa bahtera Nabi Nuh terdampar di bukit (gunung) Judi (daerah Armenia). Al Qur’an surat Hud ayat 44 bermaksud : “..Dan difirmankan: Hai Bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah, dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan, dan bahtera itu pun berlabuh di bukit Judi. Dan dikatakan “binasalah orang-orang zalim.”

Disebutkan bahwa Bahtera Nabi Nuh kemudian mendarat di gunung Judi. Sesuai dengan apa yang tertera dalam Al- Qur’an. Sebahagian ahli tafsir berpendapat bahwa Judi ini bukanlah gunung yang bernama Judi ( Armenia ) walau terdapat gunung yang bernama judi, tetapi dilihat dari asal kata judi berarti tinggi, Bahtera Nabi Nuh mendarat dipuncak gunung yang tinggi. Bahtera ini berlabuh saat banjir belum benar – benar surut.

Lokasi Bahtera Nabi Nuh

Buat pengetahuan anda Gunung Judi (yang disebut dalam Al Quran) dan Gunung Ararat (yang di sebut dalam Bible) adalah gunung yang sama. Yang membezakan cuma bahasa penggunaannya sahaja. Dalam bible yang ada sekarang menyebut lokasi pendaratannya di ‘Ararat’, sementara dalam bible yang terlebih awal di tulis, yang menggunakan bahasa Aramaic (Targums) menyebutnya Gunung ‘Judi’. (The ancient Babylonians literature , The Genesis Rabba and Josephus followed the Aramaic opinion). Jadi selesai lah masalah berkenaan yang mana satu Gunung Judi dan yang mana satu Gunung Ararat.

Video Bahtera Nabi Nuh

Selain itu terdapat video yang dikatakan ada kaitan dengan Bahtera Nabi Noh anda boleh menontonnya melalui Youtube, berikut admin letakkan satu video yang berkaitan. Video-video lain pembaca boleh cari di Youtube. Dalam video di bawah ini adalah video daripada sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki. Penemuan oleh pasukan peneliti gabungan dari Turki dan Cina, kali ini membawa dokumen visual, samada foto maupun video. Mereka juga membuat rakaman dokumentari di dalam benda mirip kapal, ukurannya besar, sebahagian besar permukaannya ditutupi salji — yang diyakini bahtera nabi Nuh yang legenda. Namun demikian mereka belum yakin sepenuhnya 100% bahawa yang mereka temukan itu adalah bahtera Nabi Nuh. Masih diperlukan penelitian yang lebih lanjut.

Bahtera Nabi Nuh – gambar bahtera Nabi Noh

Gambar 1: Maklumat awal di tahun 1960, berita dipetik dari Life Magazine: Pesawat Tentera Negara Turki merakam sebuah imej mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangkakan perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark).

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 2: Inilah lokasi yang dimaksudkan iaitu di bukit Ararat, gambar fosil kapal yg diambil dari jarak dekat.

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 3: Gambar yang di ambil dari sudut hujung fosil kapal.

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 4: Kerja-kerja pengukuran yang dilakukan oleh pihak arkeologi

Bahtera Nabi Nuh

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 5: Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya.

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 6: Gambar fosil bahtera Nabi Nuh dengan warna yg lebih jelas dan terang yang diambil kemudian pada dekad terkini.

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 7: Gambar fosil sauh bahtera Nabi Nuh AS

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 8: Dinding kapal yg telah menjadi fosil

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 9: Kepingan papan dari dinding bahtera Nabi Nuh as yg telah menjadi fosil

Bahtera Nabi Nuh

Gambar 10: Bahan besi yg di jumpai di Bahtera Nabi Nuh as

Bahtera Nabi Nuh

Bahtera Nabi Nuh

Bahtera Nabi Nuh

Bahtera Nabi Nuh

Artikel yang berkaitan:

Filed Under: ajaib

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

CommentLuv badge
  • Rate Us

    Rating for pelikbinajaib.com